Tuesday, August 3, 2010

FAEDAH BERHENTI MEROKOK

Memiliki tubuh badan yang sihat

Berhenti merokok dapat memiliki tubuh yang sihat dan mengurangkan peratus mendapat kanser contohnya kanser paru-paru. Ini adalah kerana, kandungan rokok mengandungi pelbagai racun dan bahan kimia contohnya nikotin. Namun kesemua ini kita mampu menjauhkan daripadanya. Oleh itu, kehidupan kita akan menjadi lebih stabil dan dapat menjadi kesihatan diri sendiri serta keluarga. Selain itu, bagi perokok yang sedang berhenti rokok juga boleh menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda sekarang. Bukan itu sahaja, berhenti merokok mampu mengelakkan budaya membazir wang dan mereka boleh menggunakan wang demikian untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.

LIM SHUANG CHYI , 206196

No comments:

Post a Comment