Tuesday, August 3, 2010

Langkah-Langkah Mengatasi Penularan Aktiviti Merokok 3

Melalui Sistem Pendidikan

Sekolah merupakan medan utama menuntut ilmu bagi kanak-kanak . Namun, jika tersalah langkah, ilmu lain juga akan berjaya diserap oleh kanak-kanak . Pihak sekolah perlulah meningkatkan kawalan anti merokok di kawasan sekolah . Sememangnya sejak zaman lagi sekolah dijadikan kawasan larangan untuk merokok,namun undang-undang sering diingkari . Pemamtauan perlu diadakan pada setiap pelajar, kerana mungkin ada antara mereka yang menjadi agen penjualan rokok dan hal ini diikuti oleh rakan sebaya . Tempat-tempat yang menjadi pusat kegiatan merokok harus dibersihkan agar tiada lagi tempat strategik bagi pelajar-pelajar menjalankan kegiatannya . Selain itu , teladan daripada golongan atasan seperti guru dan ahli jawatankuasa sekolah perlu dikemaskan . Amat mengecewakan apabila ada di antara mereka yang menjadi mentor kepada pelajar-pelajar untuk merokok .

JAWAHIR BIN A HAMID, 206457

No comments:

Post a Comment