Tuesday, August 3, 2010

Langkah-Langkah Mengatasi Penularan Aktiviti Merokok 2

Melalui Sistem Perundangan Malaysia

Selain itu,langkah perundangan juga boleh dilakukan untuk mengatasi tabiat merokok.Pihak berkuasa sebagai pihak yang diamanahkan oleh umum boleh mengetatkan penguasaan di kawasan sempadan.Hal ini kerana,terdapat kebanjiran rokok-rokok dari luar yang tidak mepunyai cukai duti.Oleh itu dengan adanya penguasaan ketat pihak-pihak yang terlibat dalam penyeludupan rokok akan berasa gerun untuk melakukan aktviti tidak bermoral itu.Di samping itu pihak kerajaan perlu memastikan undang-undang yang telah digubal dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.Peraturan 10(1) telah menetapkan bahawa kesemua premis kerajaan,institusi pengajian tinggi,tadika,taman asuhan kanak-kanak dan sekolah adalah kawasan larangan merokok.Selain itu peraturan 8A melarang seseorang di bawah 18 merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki untuk kegunaan sendiri atau tidak.

MOHAMAD NAZRIN BIN SARLAN , 206359

No comments:

Post a Comment