Tuesday, August 3, 2010

Langkah-Langkah Mengatasi Penularan Aktiviti Merokok 1

Bergantung Kepada Keazaman Seseorang

Kebiasaanya,perokok selalu merokok ketika berada dalam tekanan emosi, selepas menjamu selera dan ketika melepak bersama rakan-rakan. Perkara ini boleh dihindari dengan banyak beristifar jika mengalami masalah emosi dan mencari rakan yang boleh mendengar dan berkongsi masalah. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dari mengambil jalan pintas dengan merokok yang kononnya dapat menghilangkan tekanan emosi dengan mudah. Bagi perokok yang suka merokok selepas makan boleh mengantikan tabiat itu dengan mengunyah sesuatu seperti gula-gula dan buah buahan. Mereka juga digalakan banyak meminum air sebaiknya air galian atau air masak. Jangan minum air yang mengandungi kafien seperti kopi atau teh kerana minuman sebegini akan membuatkan anda lebih teringin untuk merokok.
Kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan berhenti secara ‘cold turkey’ iaitu berhenti tanpa apa-apa rawatan perubatan. Sesetengah individu itu melakukannya dengan mengurangkan kuantiti putung rokok yang dihisap setiap hari secara perlahan-lahan. Walaupun terdapat individu yang berhenti terus merokok mulai tarikh tertentu yang ditetapkan.Seterusnya perokok yang ingin merokok perlu melengah-lengahkan tindak balas keatas keinginan merokok seperti melambatkan mencari rokok. Sekiranya keinginan merokok timbul, alihkan perhatian ke hal-hal lain seperti mensibukkan diri dengan pekerjaan atau mengambil nafas yang panjang.

HANZALAH BIN ARHAM , 206387

2 comments:

  1. sgt2 setuju...
    mmg benar lngkah utk mngatasi mrokok adlh dr keazaman kita sndri..kdg2 tnpa mna2 pngaruh sekali pn seseorg itu ttp jg mahu mncuba rokok lbh2 lg remaja..(perasaan mahu mncuba sesuatu yg baru)..
    tetapi jika keazaman seseorg itu tinggi utk berhenti mrokok secara tidak langsung peratus utk berhenti jg tinggi..tunjangnya adalah keazaman dri sndiri..

    ReplyDelete
  2. yaya~ saya rasa langkah inilah yang paling berkesan ~

    ReplyDelete